Sunday, 13 September 2015

biografi Syeikh Abdullah As-Siddiq

Syeikh Abdullah As-Siddiq 

Syeikh Abdullah As-Siddiq  adalah seorang ulama sufi yang hafaz keseluruhan AI-Quran dan hafaz 40,000 buah hadis berserta sanadnya. Beliau lahir pada tahun 1914 di Tangier, Maghribi dalam sebuah keluarga wali besar yang bermazhab Maliki. Beliau adabh anak kedua dalam keluarganya. Ayahandanya, Syeikh Saiyidi Muhammad bin As¬Siddiq adalah tokoh ulma sufi, seorang wali Allah, seorang pejuang yang menentang penjajah dan pengasas Tarekat As-Siddiqiah.
Beliau sempat menulis sejumlah seratus buah kitab.
Antara kitabnya yang terkenal  ialah kitab yang bertajuk AI-Mahdiyul Muntazar, yang antara lain menyenaraikan hadis-hadis mengenai kemunculan suatu kAum dan timur, tentang Fata at Tamimi, Panji-panji Hitam dari Khurasan dan Imam Mahdi. Menurutnya, semua hadis yang dimasukkannya di dalam bukunya itu adalah hadis-hadis yang bertaraf sahih belaka.
Sebelum ke Universiti Al-Azhar, Mesir, pada tahun 1931, beliau belajar di Universiti Masjid Qarawiyyin di Fes. Hanya setahun sahaja bebjar di Universiti Al-Azhar, beliau lulus. Kemudlan beliau mengajar di situ sambil menyambung pelajarannya di  peringkat yang lebih tinggi dan pada tahun 1942, beliau mendapat PhD. Beliau  juga terkenal di seluruh Maghribi sebagai seorang wali Allah yang giat  mengamalkan Tarekat As-Siddiqiah, sambil menjadi Syeikh tarekat berkenaan, menggantikan tempat bapanya.
Semasa  Abuya Ashaari Muhammad menziarahinya pada Oktober 1985,
Syeikh Abdullah telah berkata, “Islam akan bangkit di tangan kamu”
Apabila diminta memberikan penjelasan lanjut, beliau menegaskan, “Buktinya kamu telah datang kepada kami.’

Kealiman beliau terbukti di seluruh Afrika, dianggap muhaddisin terulung di seluruh Afrika dan merupakan  salah seorang daripada tujuh muhaddisin di dunia  ini. Kerana  kealimannya itu beliau pernah menjawat  sebagai profesor hadis di Universiti AI-Azhar. Beliau meninggal dunia pada tahun 1993 rumahnya di Tangier, Maghribi. Sebelum menghernbuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah  menyebutkan dcngan jelas perkataan “Nur, nur ‘ di hadapan beberapa orang muridnya. Sebaik sahaja habis menyebut perkataan itu, beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

No comments:

Post a Comment